Pelajari Dan Dapatkan Segala Tip-Tip Mengenai Perniagaan Internet Affiliate Marketing. Khas Newbie Internet Affiliate Marketing Yang Berminat Untuk Menjana Pendapatan Tanpa Had! Dapatkan 1 Tip 1 Hari Di Sini.

Thursday, 10 July 2008

Siapa Yang Layak Memulakan Perniagaan Internet Kerja Dari Rumah ?

Hampir semua orang boleh memperolehi wang daripada perniagaan internet dengan latihan dan komitmen yang betul.

Hakikatnya, saya pernah melihat kisah-kisah kejayaan daripada kanak-kanak berumur 13 tahun dan warga emas yang mana tidak pernah mengetahui konsep Internet dalam kehidupan mereka sebelum ini.

Sekali lagi saya tekankan bahawa hampir semua orang boleh memiliki perniagaan internet, akan tetapi bukan semua yang ada kebolehan untuk berbuat demikian. Ia tidak ada kena mengena dengan umur, jantina ataupun kedudukan kewangan ANDA!

Satu lagi...

Perniagaan Internet tiada kena mengena dengan kepandaian anda, bermakna tiada kena mengena dengan tahap akedamik anda. Anda tidak perlu kepandaian seperti 'rocket saintis' untuk menjadi jutawan dalam bidang Internet Affiliate Marketing!

Apa yang anda perlukan adalah pengetahuan umum untuk membaca, mengira dan sedikit sumber pengetahuan serta keinginan yang memuncak dengan kata lain IMPIAN untuk BERJAYA!

Jadi...

Fahamilah bahawa semuanya bermula daripada 'MINDSET' anda untuk berjaya dalam bidang perniagaan internet affiliate marketing ataupun perniagaan internet ini. Ia memerlukan kesungguhan, kesabaran dan komitmen serta fokus untuk membina perniagaan ini.

Anda mestilah sanggup mengambil tindakan serta mengikuti langkah demi langkah dan sentiasa ingat gambaran sebenar ataupun kejayaan anda ataupun 'begin with end in minds'. Selebihnya adalah pengetahuan asas komputer, internet dan internet marketing.


Sekiranya anda terasa ketinggalan dalam bahagian-bahagian yang saya nyatakan di atas, JANGANLAH RISAU... Kesemua ini boleh dipelajari. Tetapi anda mestilah bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan menguasai kekosangan yang ada pada bahagian-bahagian yang ada.

Ada satu lagi.... sekiranya anda tidak tahu untuk menggunakan program email, sebagai contoh - anda menghadapi kesukaran dengan konsep-konsep seperti autoresponder dan opt-in form / lead capture form, ini tidak bermakna anda akan gagal.

Namun ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyediakannya. Sekiranya tidak, anda terpaksa mengupah seseorang untuk memprogramkan konsep-konsep berkenaan. Wang pun terpaksalah di keluarkan...

Sekiranya anda menguasai beberapa konsep yang dinyatakan di atas maka sememangnya anda dalam posisi yang terbaik untuk memulakan perniagaan kerja dari rumah secara online di internet.

Terdapat beberapa tips yang saya cadangkan anda mengambil perhatian sebelum anda secara serius terjun ke dalam bidang popular ini. Sila gunakan beberapa soalan di bawah sebagai persiapan untuk anda 'bersedia' memulakan perniagaan internet. PASTIKAN jawapan anda adalah YA sebelum anda bermula;

  1. Anda tahu kekuatan ANDA?
  2. Anda menyukai idea-idea kerja dari rumah.
  3. Anda tahu kelemahan dan sanggup meminta pertolongan atau latihan untuk menampung kelemahan pengetahuan perniagaan intenet. Sekiranya tidak usaha anda sia-sia sahajalah.
  4. Anda bersedia menggunakan model perniagaan yang telah dipastikan kejayaannya - dengan kata lain -proven model - serta mengunakan strategi dan perancangan yang baik dan mengikut jadual yang anda tetapkan.
  5. Anda mempunyai masa untuk membina perniagaan internet anda.
  6. Anda mempunyai sekurang-kurangnya RM 450 - RM 800 untuk memulakan perniagaan internet anda untuk mendapatkan segala keperluan asas untuk memulakannya.
  7. Anda mengetahui bajet dan batasan semasa.
  8. Anda adalah realistik terhadap kerja dari rumah ini dan faham terhadap perkara-perkara yang diperlukan apabila memulakan perniagaan.
  9. Anda faham konsep 'leveraging' dan sanggup untuk 'reinvest' keuntungan awal anda dalam perniagaan internet ini.
  10. Anda realistik terhadap keuntungan awal anda!

Jadi apabila anda telah mengenal pasti ' MENGAPA' , 'APA', 'SIAPA' berkenaan kerja dari rumah iaitu perniagaan internet maka ini adalah masa yang terbaik untuk mengisi bahagian terakhir iaitu ' di mana ' dan 'bagaimana'.

Cadangan : -

Wednesday, 9 July 2008

ClickBank.com

Sekiranya anda masih berasa sangsi , sila lihat ke laman web berikut: http://www.clickbank.com

Sila lihat pada bahagian atas sekali dan klik pada bahagian bertulis 'Buy Products'. Sekarang lihat pada bahagian bawah dan klik pada mana-mana senarai List Of Categories. Apa yang anda akan lihat adalah senarai produk-produk yang dijual di dalam kategori berkenaan melalui Clickbank. Perhatikan senarai 10 produk-produk teratas dalam bahagian 'Health and Fitness'.

Sebagai contoh anda melihat produk-produk penyelesaian masalah seperti 'fat loss program', 'hypnosis' dan juga 'anxiety & panic attacks'. Ini adalah topik-topik hangat yang mana ramai orang mencarinya secara online di internet.

Menjadi persoalan kita mengapa ramai o rang sanggup berbelanja untuk mendapatkan semua informasi ini? Sedangkan banyak informasi-informasi percuma yang disediakan di dalam internet! Mengapa ye?

Jawapannya mudah. Ini adalah kerana tidak banyak informasi-informasi percuma yang terdapat dalam intenet adalah informasi yang sebenar-benarnya! Dengan kata lain informasi yang tidak terbukti kesahihannya.

Bahkan anda terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di internet untuk mengumpul ke semua informasi berkenaan daripada pelbagai website untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan paling menakutkan anda masih tidak mendapat jawapan sebaik-baiknya terhadap masalah yang anda hadapi sehingga kini!

Kebanyakan orang tidak mahu membaca artikel-artikel perubatan berkenaan bagaimana untuk mencari penyelesaian ke atas 'drug free solutions' terhadap masalah tekanan yang mereka hadapi.

Mereka hanya mahukan penyelesaian terhadap masalah mereka SEKARANG JUGA! Produk-produk sedemikian yang telah saya perkatakan tadi menjanjikan kandungan informasi yang terbaik yang cepat, mudah dan senang.

Anda hanya perlu membelinya secara online, muat turunkan ia dan anda akan mendapat jawapan terhadap masalah anda hanya beberapa minit berbanding berjam-jam mencari jawapannya di internet!

SEKARANG, bayangkan andalah orangnya yang akan memasarkan ke semua penyelesaian-penyelesaian tersebut. Anda boleh membina keseluruhan perniagaan internet anda berpandukan kepada penyelesain-penyelesain tersebut!

Setiap produk yang anda pasarkan daripada - marketplace - Clickbank mempunyai hubungan program affiliate - nya yang tersendiri yang bermaksud ANDA AKAN MEMPEROLEHI $$$$ APABILA MEMPROMOSIKANNYA!

Jadi, menarik bukan?

Pada bahagian berikutnya saya akan menerangkan bagaimana anda boleh menentukan sama ada Perniagaan Intenet Affiliate Marketing ini sesuai untuk anda atau pun tidak!

Jumpa lagi!

Tuesday, 8 July 2008

Mengapa Kerja Dari Rumah?

Mengapa ramai orang ingin mempunyai Perniagaan Internet Sendiri?

Apakah kelebihan mempunyai perniagaan internet -kerja dari rumah - daripada perniagaan internet konvensional bekerja dari rumah?

Terdapat berjuta-juta sebab mengapa kerja dari rumah menarik ramai orang. Di sini saya ingin memberikan 7 sebab mengapa ia sangat penting untuk anda : -

1. Masa kerja yang 'flexible'
2. Kos yang rendah
3. KEBEBASAN untuk memilih masa untuk bekerja
4. KEPUASAN peribadi
5. Potensi untuk memperolehi kebebasan kewangan yang berterusan
6. Dengan mudah mempunyai pelbagai jenis perniagaan kerja dari rumah
7. Anda yang menentukan untung nasib anda

Jadi, Apakah itu Perniagaan Internet?

MUDAH sahaja - perniagaan atau kerja dari rumah yang berasaskan kepada hubungan komputer atau 'pc' anda dengan Internet.

Dengan kata lain - KESEMUA PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PERNIAGAAN DILAKUKAN DALAM INTERNET SAHAJA! Contohnya,
  • menarik pelanggan anda
  • membentangkan tawaran / produk anda
  • menjual produk atau menutup tawaran anda
  • memproses bayaran
  • menghantar produk
  • membuat susulan / follow-up

Semuanya di Internet kecuali anda menghantar produk fizikal kepada pelanggan anda seperti jam tangan, bola sepak dll. Mudah bukan?

Sekiranya anda menjual jam tangan, maka anda perlu membungkus dan menghantar kepada pelanggan anda.

Walau bagaimanapun saya beranggapan anda mahukan perniagaan internet - kerja dari rumah - yang untungnya banyak, mudah dan senang bukan?

Jadi mulai dari sekarang saya akan meninggalkan sebarang perbincangan berkaitan pengurusan barangan penghantaran fizikal. O.K. jadi mari kita lihat kepada alternatif lain iaitu semuanya di internet iaitu ' perniagaan digital'. Ini bermakna anda tidak perlu risaukan:

  • inventori barangan fizikal
  • pembungkusan barang
  • penghantaran barang
  • pemulangan ataupun 'refunds'

Bagaimanakan ini mudah? Jawapannya senang sahaja iaitu Affiliate Marketing.

Affiliate Marketing adalah cara paling mudah untuk anda untuk anda memperolehi pendapatan berterusan dengan cara anda mempromosikan atau menjual produk orang lain, dan anda tidak perlu untuk bersusah payah untuk memeningkan kepala memikirkan produk apa yang perlu dijual dan dengan siapa anda perlu berurusan untuk memasarkan produk berkenaan.

Anda akan menerima komisyen sehingga 75% untuk setiap produk* yang anda berjaya membawa pelanggan membelinya.

Sebagai contoh, katakan rakan anda menjual jam tangan, beliau meminta tolong anda mencari pelanggan yang berminat untuk membeli jam tangan tersebut dan memberitahu bahawa anda akan menerima komisyen 20% untuk setiap jam yang berjaya dijual sekiranya pelanggan anda memberitahu nama anda kepadanya.

Walhal rakan anda membayar kepada anda disebabkan oleh kaedah 'referral'. Inilah dia yang disebut Affiliate Marketing yang kadangkala disebut ' referal marketing'.

Sebagai 'Affiliate Marketer' anda akan menerima 'komisyen' dengan memperkenalkan orang lain kepada sesuatu produk atau sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan oleh 'Internet Marketer'.

Affiliate Marketing adalah meliputi pelbagai perkhidmatan, produk atau barangan. Anda boleh mempromosikan intangible produk seperti ebook, video, muzik untuk dimuat turun, perisian komputer, keahlian perkhidmatan di internet.

Apa yang menarik semua produk-produk tersebut adalah secara muat turun / downloadable. Para pelanggan akan memperolehi barangan tersebut selepas saja mereka membayar sesuatu produk yang dibeli.

Perhatikan bahawa kebanyakkan produk-produk yang ditawarkan adalah berbentuk 'digital' ataupun seringkali digelar information marketing. Ini kerana semua produk berbentuk informasi seringkali dijual dalam format ini iaitu secara muat turun.

Yang menarik perhatian adalah, semua produk-produk yang ditawarkan menarik perhatian atau memberikan motivasi kepada para pelanggan untuk membelinya kerana untuk mencari penyelesaian ke atas masalah yang mereka hadapi.

Sebagai contoh seseorang yang ingin memulakan perniagaan internet memerlukan beberapa perkara utama iaitu:-

  1. Domain Name
  2. Webhosting
  3. Laman Web / HTML Editor
  4. Perisian ftp
  5. Perisian Menerima Bayaran
  6. Perisian Ebook
  7. Perisian Autoresponder
  8. Audio
  9. Video
  10. Perisian Tell-A-Friend

Maka ramai Internet Marketer berlumba-lumba memperkenalkan produk-produk seperti berikut untuk mendapat keuntungan ataupun 'win-win situation' dengan para pelanggan.

Kini anda juga memperolehi peluang untuk memulakan perniagaan internet yang anda suka. TETAPI saya mengesyorkan anda memulakannya dengan perniagaan affiliate marketing ataupin information marketing. Model ini adalah termudah dan paling berkesan kepada anda yang memilih untuk kos yang rendah tetapi keuntungan yang tinggi. Sesuai kepada newbies yang mula berjinak-jinak dengan affiliate marketing.

Nantikan sambungannya esok...

* Anda perlu melihat berapa jumlah komisyen yang ditawarkan sebelum anda mempromosikan produk tersebut.

Selamat Datang Ke Blog Tips Kerja Dari Rumah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke blog Tips Kerja Dari Rumah yang akan membantu anda yang bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam perniagaan internet untuk menjana wang dari RM 10,000 sebulan sehingga had yang anda inginkan.

Kepada sesiapa yang berminat mengetahui dengan lebih cepat dan lanjut mengenai perniagaan internet, saya tanpa membuang masa anda memberi peluang untuk anda mempelajarinya dengan lebih dekat di
http://www.workingonlinesecret.com/

Laman web yang akan memberikan anda tip-tips mudah dan hebat untuk menjalankan perniagaan internet.

Namun, sekiranya anda berminat mengetahui secara mendalam anda hanya perlu tips-tips mudah setiap hari daripada saya - 1 tips 1 hari - untuk anda yang masih ragu-ragu untuk mempelajari secara terperinci mengenai perniagaan internet.

Sekali lagi saya tegaskan, layari
http://www.workingonlinesecret.com/ untuk mendapatkan Instant Money System dalam masa 7 hari selepas anda membaca dan memahami segala tip-tip yang diberikan.

Anda pasti berjaya!

Success Selalu,

Niz S.

Cadangan : http://www.workingonlinesecret.com

About Me

My photo
Niz S. is an active affiliate marketer who loves to teach others how to make money online. Learn how YOU can make a living as an affiliate marketer when you visit www.instantmoneyformula.com