Pelajari Dan Dapatkan Segala Tip-Tip Mengenai Perniagaan Internet Affiliate Marketing. Khas Newbie Internet Affiliate Marketing Yang Berminat Untuk Menjana Pendapatan Tanpa Had! Dapatkan 1 Tip 1 Hari Di Sini.

Friday 11 July 2008

Bila Untuk Memulakan Perniagaan Kerja Dari Rumah?

Jawapannya adalah - ANDA sahaja yang boleh menjawabnya.

Sudahkah anda bersedia?

Tiada waktu selain daripada SEKARANG adalah masa yang terbaik untuk anda memulakan perniagaan internet anda.

Namun begitu saya ingin memberikan sedikit cadangan bahawa terdapat beberapa golongan yang perlu menunggu masa sesuai untuk melakukannya. Ini adalah kerana:-

1. Anda tidak mempunyai modal pusingan awal untuk memulakan perniagaan internet ini.

Sekiranya kos untuk memulakan perniagaan internet ini adalah di antara RM 450 - RM 800 menyebabkan anda tidak makan selama seminggu maka tunggulah sehingga anda mempunyai kewangan yang stabil serta modal pusingan yang cukup untuk memulakannya.

Teruskan pekerjaan yang anda lakukan sekarang dan buatlah simpanan daripada gaji bulanan anda. Anda juga boleh bekerja sambilan pada hujung minggu untuk mendapatkan modal tersebut.

Lakukannya secara terancang supaya anda tidak tergesa-gesa melakukan perniagaan internet ataupun kerja dari rumah ini.

Mungkin anda teruja untuk menggunakan keseluruhan kad kredit anda sebagai modal untuk perniagaan internet anda, cadangan saya HENTIKAN! Anda akan berakhir membayar dua kali ganda disebabkan faedah yang dikenakan dan ini adalah tabiat yang paling tidak digalakkan untuk memulakan perniagaan internet ini.


Jangan menggunakan duit ini yang pada hari ini sambil mengharapkan keajaiban bahawa anda akan menerima dari sumber yang lain pada masa akan datang. Akibatnya anda akan berhutanglah...

Apa yang anda perlu lakukan adalah modal yang cukup untuk dibelanjakan sebagai modal awal dan anda tidak takut, ragu-ragu ataupun bimbang menggunakannya. Ini adalah kerana ia akan mengganggu tumpuan anda untuk memulakan perniagaan internet anda.

2. Anda menghadapi tekanan dan kesusahan paling besar dalam hidup anda!

Terdapat beberapa perkara yang berhubungkait dengan perkara ini. Mungkin anda sedang menghadapi krisis kehilangan seseorang yang rapat dengan anda dan anda masih berkabung mengenai kehilangannya. Juga jangan lakukan perniagaan ini sekiranya anda sedang mengalami tekanan perasaan dan masih dalam preskripsi doktor. Tolonglah jangan...

Walaupun setiap orang mempunyai cara yang berbeza-beza menghadapi tekanan tetapi percayalah bahawa hukum kejayaan menyatakan bahawa: sebarang masalah yang meletakkan diri anda dalam keadaan tertekan ataupun tergantung yang mana menyebabkan banyak masa dan tenaga anda dihabiskan untuk mengatasinya maka ini bukanlah masa terbaik untuk anda memulakan perniagaan intenet ini.

Mengapa?

Mudah sahaja - FOKUS - Semuanya bergantung kepada fokus. Dalam sebarang perniagaan sama ada fizikal ataupun digital, perniagaan internet memerlukan perancangan dan juga kata putus muktamad. Perancangan dan keputusan muktamad adalah dua perkara yang terbaik boleh dilakukan sekiranya anda 'fresh' ataupun dalam keadaan segar bugar.

MAKA, sekiranya anda telah mengambil kira semua yang dinyatakan di atas dan anda merasakan anda telah bersedia, maka mungkin anda TELAH BERSEDIA!

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini tiada masa yang lebih sesuai selain daripada SEKARANG. JAdi mari kita berpandangan ke hadapan dan lihat bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan intenet ataupun kerja dari rumah ini.

Cadangan : http://pinurl.com/newbiecashnow

About Me

My photo
Niz S. is an active affiliate marketer who loves to teach others how to make money online. Learn how YOU can make a living as an affiliate marketer when you visit www.instantmoneyformula.com