Pelajari Dan Dapatkan Segala Tip-Tip Mengenai Perniagaan Internet Affiliate Marketing. Khas Newbie Internet Affiliate Marketing Yang Berminat Untuk Menjana Pendapatan Tanpa Had! Dapatkan 1 Tip 1 Hari Di Sini.

Tuesday 8 July 2008

Mengapa Kerja Dari Rumah?

Mengapa ramai orang ingin mempunyai Perniagaan Internet Sendiri?

Apakah kelebihan mempunyai perniagaan internet -kerja dari rumah - daripada perniagaan internet konvensional bekerja dari rumah?

Terdapat berjuta-juta sebab mengapa kerja dari rumah menarik ramai orang. Di sini saya ingin memberikan 7 sebab mengapa ia sangat penting untuk anda : -

1. Masa kerja yang 'flexible'
2. Kos yang rendah
3. KEBEBASAN untuk memilih masa untuk bekerja
4. KEPUASAN peribadi
5. Potensi untuk memperolehi kebebasan kewangan yang berterusan
6. Dengan mudah mempunyai pelbagai jenis perniagaan kerja dari rumah
7. Anda yang menentukan untung nasib anda

Jadi, Apakah itu Perniagaan Internet?

MUDAH sahaja - perniagaan atau kerja dari rumah yang berasaskan kepada hubungan komputer atau 'pc' anda dengan Internet.

Dengan kata lain - KESEMUA PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PERNIAGAAN DILAKUKAN DALAM INTERNET SAHAJA! Contohnya,
  • menarik pelanggan anda
  • membentangkan tawaran / produk anda
  • menjual produk atau menutup tawaran anda
  • memproses bayaran
  • menghantar produk
  • membuat susulan / follow-up

Semuanya di Internet kecuali anda menghantar produk fizikal kepada pelanggan anda seperti jam tangan, bola sepak dll. Mudah bukan?

Sekiranya anda menjual jam tangan, maka anda perlu membungkus dan menghantar kepada pelanggan anda.

Walau bagaimanapun saya beranggapan anda mahukan perniagaan internet - kerja dari rumah - yang untungnya banyak, mudah dan senang bukan?

Jadi mulai dari sekarang saya akan meninggalkan sebarang perbincangan berkaitan pengurusan barangan penghantaran fizikal. O.K. jadi mari kita lihat kepada alternatif lain iaitu semuanya di internet iaitu ' perniagaan digital'. Ini bermakna anda tidak perlu risaukan:

  • inventori barangan fizikal
  • pembungkusan barang
  • penghantaran barang
  • pemulangan ataupun 'refunds'

Bagaimanakan ini mudah? Jawapannya senang sahaja iaitu Affiliate Marketing.

Affiliate Marketing adalah cara paling mudah untuk anda untuk anda memperolehi pendapatan berterusan dengan cara anda mempromosikan atau menjual produk orang lain, dan anda tidak perlu untuk bersusah payah untuk memeningkan kepala memikirkan produk apa yang perlu dijual dan dengan siapa anda perlu berurusan untuk memasarkan produk berkenaan.

Anda akan menerima komisyen sehingga 75% untuk setiap produk* yang anda berjaya membawa pelanggan membelinya.

Sebagai contoh, katakan rakan anda menjual jam tangan, beliau meminta tolong anda mencari pelanggan yang berminat untuk membeli jam tangan tersebut dan memberitahu bahawa anda akan menerima komisyen 20% untuk setiap jam yang berjaya dijual sekiranya pelanggan anda memberitahu nama anda kepadanya.

Walhal rakan anda membayar kepada anda disebabkan oleh kaedah 'referral'. Inilah dia yang disebut Affiliate Marketing yang kadangkala disebut ' referal marketing'.

Sebagai 'Affiliate Marketer' anda akan menerima 'komisyen' dengan memperkenalkan orang lain kepada sesuatu produk atau sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan oleh 'Internet Marketer'.

Affiliate Marketing adalah meliputi pelbagai perkhidmatan, produk atau barangan. Anda boleh mempromosikan intangible produk seperti ebook, video, muzik untuk dimuat turun, perisian komputer, keahlian perkhidmatan di internet.

Apa yang menarik semua produk-produk tersebut adalah secara muat turun / downloadable. Para pelanggan akan memperolehi barangan tersebut selepas saja mereka membayar sesuatu produk yang dibeli.

Perhatikan bahawa kebanyakkan produk-produk yang ditawarkan adalah berbentuk 'digital' ataupun seringkali digelar information marketing. Ini kerana semua produk berbentuk informasi seringkali dijual dalam format ini iaitu secara muat turun.

Yang menarik perhatian adalah, semua produk-produk yang ditawarkan menarik perhatian atau memberikan motivasi kepada para pelanggan untuk membelinya kerana untuk mencari penyelesaian ke atas masalah yang mereka hadapi.

Sebagai contoh seseorang yang ingin memulakan perniagaan internet memerlukan beberapa perkara utama iaitu:-

  1. Domain Name
  2. Webhosting
  3. Laman Web / HTML Editor
  4. Perisian ftp
  5. Perisian Menerima Bayaran
  6. Perisian Ebook
  7. Perisian Autoresponder
  8. Audio
  9. Video
  10. Perisian Tell-A-Friend

Maka ramai Internet Marketer berlumba-lumba memperkenalkan produk-produk seperti berikut untuk mendapat keuntungan ataupun 'win-win situation' dengan para pelanggan.

Kini anda juga memperolehi peluang untuk memulakan perniagaan internet yang anda suka. TETAPI saya mengesyorkan anda memulakannya dengan perniagaan affiliate marketing ataupin information marketing. Model ini adalah termudah dan paling berkesan kepada anda yang memilih untuk kos yang rendah tetapi keuntungan yang tinggi. Sesuai kepada newbies yang mula berjinak-jinak dengan affiliate marketing.

Nantikan sambungannya esok...

* Anda perlu melihat berapa jumlah komisyen yang ditawarkan sebelum anda mempromosikan produk tersebut.

Selamat Datang Ke Blog Tips Kerja Dari Rumah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke blog Tips Kerja Dari Rumah yang akan membantu anda yang bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam perniagaan internet untuk menjana wang dari RM 10,000 sebulan sehingga had yang anda inginkan.

Kepada sesiapa yang berminat mengetahui dengan lebih cepat dan lanjut mengenai perniagaan internet, saya tanpa membuang masa anda memberi peluang untuk anda mempelajarinya dengan lebih dekat di
http://www.workingonlinesecret.com/

Laman web yang akan memberikan anda tip-tips mudah dan hebat untuk menjalankan perniagaan internet.

Namun, sekiranya anda berminat mengetahui secara mendalam anda hanya perlu tips-tips mudah setiap hari daripada saya - 1 tips 1 hari - untuk anda yang masih ragu-ragu untuk mempelajari secara terperinci mengenai perniagaan internet.

Sekali lagi saya tegaskan, layari
http://www.workingonlinesecret.com/ untuk mendapatkan Instant Money System dalam masa 7 hari selepas anda membaca dan memahami segala tip-tip yang diberikan.

Anda pasti berjaya!

Success Selalu,

Niz S.

Cadangan : http://www.workingonlinesecret.com

About Me

My photo
Niz S. is an active affiliate marketer who loves to teach others how to make money online. Learn how YOU can make a living as an affiliate marketer when you visit www.instantmoneyformula.com